Kitab Busyra al-Karim bi Syarh Masa-il al-Ta’lim (بشرى الكريم بشرح مسائل التعليم) merupakan sebuah karya fiqh dalam mazhab al-Syafi’i. Kitab ini disusun oleh Syaikh Sa’id bin Muhammad Ba ‘Ali Ba’asyan al-Daw’ani al-Hadhrami [1270H], sebagai huraian (syarah) bagi kitab masailut ta’lim sebuah karya al-‘Allamah Jamaluddin Abdullah bin Abdul Rahman Bafadhal al-Sa’di al-Hadhrami (850-918H).
Sebenarnya, Syaikh Sa’id Ba’asyan al-Hadhrami menyusun kitab Busyra al-Karim ini sebagai ringkasan bagi sebuah karya beliau yang lain yang berjudul al-Mawahib al-Saniyyah bi Syarh al-Muqaddimah al-Hadhramiyyah (المواهب السنية بشرح المقدمة الحضرمية).
Kitab Busyra al-Karim ini lebih terkenal sebagai syarah kitab Masa-il al-Ta’lim berbanding kitab al-Mahawahib al-Saniyyah, kerana ia telah dicetak dan diterbitkan untuk bacaan dan rujukan para ulama dan penuntut ilmu.
There are no comments yet, add one below.