Kitab ini sebenarnya merupakan gabungan dua buah kitab yang disusun oleh dua orang tokoh ulama mazhab Syafi’I yang terkenal, iaitu;
- Kitab Hasyiah Qalyubi ‘ala Syarh al-Mahalli ‘ala Minhaj al-Thalibin, karya al-Imam Syihabuddin Abu al-‘Abbas Ahmad bin Ahmad bin Salamah al-Qalyubi al-Mishri (1069H). Beliau terkenal dengan gelaran al-Qalyubi.
- Kitab Hasyiah ‘Umairah ‘ala Syarh al-Mahalli ‘ala Minhaj al-Thalibin, karya Imam Syihabuddin Ahmad al-Burullusi al-Mishri (907H). Beliau terkenal dengan gelaran ‘Umairah.
Kedua-dua kitab ini merupakan dua buah hasyiah (komentar) bagi kitab Syarh al-Mahalli ‘ala Minhaj al-Thalibin atau judul asalnya “ Kanz al-Raghibin Syarh Minhaj al-Thalibin ”, yaitu karya al-Imam al-Hafiz Jalaluddin Muhammad bin Ahmad al-Mahalli al-Syafi’i (864H). Beliau menyusun kitab ini sebagai syarah (huraian) bagi kitab Minhaj al-Thalibin, karya Imam Abu Zakariyya Yahya bin Syaraf al-Nawawi . Seorang tokoh ulama terkenal yang menjadi rujukan utama dalam mazhab al-Syafi’i.
There are no comments yet, add one below.